Friday, April 15, 2011

T.S.U.N.A.M.I

T-TUHAN
S-SERU
U-UMAT
N-NABI
A-
M-MUHAMMAD
I-INSAF





11 Mac 2011 lalu, seluruh penduduk dunia gempar. Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo. Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.

Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut.

Apa yang mengejutkan kita, sebuah negara yang sangat terkenal dengan teknologi yang sarat tidak dapat mengesan kehadiran amaran tsunami kali ini. Siapa sangka sebuah negara maju yang memiliki pelbagai jenis teknologi tidak mampu menandingi kuasa Allah.

Firman Allah :
"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al An'aam:73]

Jika satu masa dahulu kita mengambil Jepun sebagai salah satu negara yang mengamalkan sunnah nabi walau tidak beragama namun sekarang jelaslah bahawa betapa pentingnya agama perlu ditekankan dalam sesebuah negara. Penting sekali penghayatan dan pengamalan oleh pemimpin sebuah negara itu sendiri.

Dan paling mengharukan masih ada golongan yang belum nampak tanda-tanda atau amaran Allah ini, malah menyifatkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia. Apakah?

Bukalah mata wahai seluruh rakyat Malaysia. Tragedi hari jumaat lepas bukanlah tregedi luar sangkaan tetapi itu adalah perkara yang telah Allah aturkan. Di mana kita perlu melihat bahawa kejadian ini dipenuhi dengan pelbagai peringatan. Awas kita sebagai umat Islam atas peringatan Allah yang berbunyi :

"Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)

Mari kita ambil iktibar atas kekuasaan yang telah ditunjukkan. Percayalah tiada perkara yang amat penting baik kepada pemimpin golongan atasan atau hamba golongan bawah selain takwa kepada-Nya. Jangan khuatir kita mundur dari kemodenan, jangan gusar dengan kejatuhan ekonomi, jangan khuatir dengan prestasi negara yang merudum.

Hal ini kerana dengan mengambil Islam secara keseluruhannya, sesebuah negara pasti akan gemilang. Ambillah contoh bagaimana Nabi memberi contoh dalam mentadbir sesebuah negara dan bagaimana cemerlangnya sebuah tamadun khulafa Ar-Rasyidin satu masa dahulu. Mereka telah menunjukkan indikator terbaik buat kita semua supaya dapat belajar dan mengambil iktibar daripadanya.insya'allah..

Islam itu mudah dan tidak membebankan :)



Telekung Pada Masa Kini

Budaya yang baik pada asalnya ini sedikit sebanyak mula mendatangkan kesan yang agak negatif kepada wanita Islam masa kini yang bergerak aktif dalah kehidupan seharian. Ini kerana pemahaman budaya tersebut telah disalahertikan oleh wanita kini tanpa melihat dari aspek ilmu Islam yang sebenar.

Disebabkan itulah muncul pelbagai alasan yang tidak munasabah apabila tibanya waktu solat. Ada sebahagian wanita yang mengabaikan solat apabila berada di luar rumah contohnya di pusat membeli belah, tempat kerja dan sebagainya dengan beralasan tidak membawa telekung. Ada juga yang memberi alasan telekung yang disediakan di masjid mahupun surau itu agak kotor dan tidak sesuai.

Sedangkan pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Bagaimana keadaan wanita yang berada di luar daripada negara Nusantara. Mereka tidak pernah mengenal erti telekung. Disebabkan itulah ramai dikalangan wanita Nusantara merasa pelik dengan pakaian wanita Muslimah di negara barat, China, India mahupun Timur Tengah.

Sebenarnya syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya sembahyang.

Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepatisyarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Menurut jumhur ulama, yang diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat, "Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ianya dibolehkan.

Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana batasan aurat wanita yang digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan kepada pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju kurung, jubah, blaus juga boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna putih.


BANGON,BANGON!!SUBUH!

mcam knal je bnde alah ni??hehe..


Antara kelebihan solat subuh berjemaah (:

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :

1) dibebaskan daripada api neraka

2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"

Tugas seorg pendkwh (:


Manisnya iman tidak dapat dibandingkan dgn manisnye rasa coklat...


Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan diamencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat-sahabatku, marilah sentiasa tanamkan dalam hati kita 3 sifat ini (yang tersebut dalam hadith di atas) agar 'kemanisan iman' itu benar-benar dirasai.

Mengapa perlunya kemanisan iman? Kerana dengan kemanisan iman, kita tidak pernah mengeluh dengan keletihan dan kepenatan dalam berdakwah. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa redha dan tawakkal dengan semua ujian yang Allah berikan kepada kita. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa bersiap sedia untuk Islam.

Kadang kala, kita terasa penat dan lemah dalam berdakwah. Kadang kala kita merasakan yang kita telah banyak menyumbang untuk Islam tetapi apa yang kita dapat hanyalah keletihan, kesedihan dan sebagainya. Kadang kala kita kelihatan seperti tidak menghargai apa yang kita kongsikan. Kadang kala sahabat-sahabat lain pun kurang acknowledge kerja kita.

Tetapi ingatlah, kerja dakwah ini bukan kerja dengan manusia tetapi kerja dengan Allah. Dengan kemanisan iman, hanya kepada Allah kita meletakkan sepenuh pengharapan. Dengan kemanisan iman, kita akan sentiasa yakin dan percaya dengan 'the hidden blessings' yang Allah janjikan.

"Maka tidak seorang pun mengetahui apa yg disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan" [32:17]

Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi (:

copy n paste from: iluvislam.com..hehe