Sunday, June 5, 2011

senaman mulut yg tidak sihat xO


Dalam hidup seharian, kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti senaman mulut ini..

Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan.. dikalangan lelaki pun apa kurangnya?hehe..

Tapi cuba kita renungkan bersama.. Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat, tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat...

Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu.. bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang si polan bin si polan tu..

Dan bila si polan tau..tentu dia marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan?

Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri. MasyaAllah, sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!

Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan, bukan nak buruk-memburukkan.siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain??

so.,jom try ikut tips-tips nak elakkan sesi mengumpat ni..

01.Bila berkumpul dengan kawan-kawan.. dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dgn penuh emosinye..

Masa tu, kalau dah bersama, mesti susah nak elak dari mnmbh baik skrip tambahan kan??

Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga, sebaiknya kita pergi dari situasi ni.


02.Bila yang nak jadi narrator 'umpat-umpat' tu best fren kita sendiri..

Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?

cube try maen true or dare ke??Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni.. sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.


03.Bila terasa sakit hati dengan si jenab atau si joyah tu..

dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, jom ambil wudhu secara tertib.

Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doa. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah.


04.Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.

Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?

Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke.

Ini lebih baik dari si mulut ni mengata hal-hal tepi kain orang lain..


05.Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..

Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.

tapi tu zaman khalifah laa..bkn zaman kite yg bile tahu jek ada orang cakap belakang dia, tentu rasa nak bagi penumbuk goreng pada si polan berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan masak la ayat makian paling pedas untuk dia secukup rasa..


05.Terakhir, minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.

Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memuji-Nya.


so,renung-renungkanlah dan selamat beramal (:


No comments:

Post a Comment